June 8, 2011

Makanan Di Mesir

Mesir seperti negara yang ke arah barat yang lain, yang menjadikan roti atau makanan berasaskan gandum menjadi pilihan seperti makaroni dan spagetti..
bukan itu sahaja bahkan minuman mereka juga lebih kepada yang organik seperti jus atau disini kami mengelarnya asyir yang bermaksud jus dalam bahasa arab



Gibdah
Mengunakan roti pino dan berintikan gibdah iaitu hati, samada hati lembu atau ayam (tetapi rasanya macam lembu je)...
kalau kat malaysia kita jarang suka makan hati sbb rasanya yang kurang sedap, tetapi kat sini entah macam mana orang arab tu buat sampai rasa sedap giler...
tp makan terlampau kerap boleh mengakibatkan darah tinggi...
simptom2nya mudah rasa pening kepala...
dan yang kedua orang cakap banyak MSG, atau ajinamoto so kurang2lah makan tu sbb tak elok sangat untuk otak
harganya pulak mengikut tempat, antara 1.5 genih hinggalah 2.5 genih (malaysia dalam 70 sen hingga rm 1.40)




Jus Mangga (Asyir Mango)
Nie pulak jus mangga walaupun dekat malaysia pun ada gak tp rasa nya kat sini lebih pekat(teramat pekat) n manis...
macam diorang bubuh gula ada gak tp, rasanya memang original...







Soggug
nie pulak dengar kawan2 orang cakap nie adalah roti pino berintikan soggug iaitu hot dog tetapi yang original punya hotdog, memang di perbuat dari usus lembu dan dan dimasukkan daging kedalam usus lembu tersebut...
tp kalau tgk kat kedai pun hot dognya ada lain sikit dari yang malaysia...





Wa Gibad
nie kira antara juadah2 yang ada di mesir, selalunya diorang makan ayam suku seorang tp ada gak yang makan seketul ayam seorang. Tp nie disebabkan oleh faktor ayam diorang kecil. Di malaysia ayam2 besar sbb guna hormon jadi ayam cepat besar. Ayam2 di sini semua ori semua besar ayam kampung je... so rasa dia lebih sedap skit tp agak tak kenyang kalau makan seketul je.. ke makan suku ayam gak kalau nak kenyang... Diorang selalunya makan dgn roti Iskh roti arab yang agak terkenal gak..
Tp saya selalu makan dgn nasi takleh sangat kalau nak makan roti je

No comments:

Post a Comment