June 8, 2011

Makanan Di Mesir

Mesir seperti negara yang ke arah barat yang lain, yang menjadikan roti atau makanan berasaskan gandum menjadi pilihan seperti makaroni dan spagetti..
bukan itu sahaja bahkan minuman mereka juga lebih kepada yang organik seperti jus atau disini kami mengelarnya asyir yang bermaksud jus dalam bahasa arab



Gibdah
Mengunakan roti pino dan berintikan gibdah iaitu hati, samada hati lembu atau ayam (tetapi rasanya macam lembu je)...
kalau kat malaysia kita jarang suka makan hati sbb rasanya yang kurang sedap, tetapi kat sini entah macam mana orang arab tu buat sampai rasa sedap giler...
tp makan terlampau kerap boleh mengakibatkan darah tinggi...
simptom2nya mudah rasa pening kepala...
dan yang kedua orang cakap banyak MSG, atau ajinamoto so kurang2lah makan tu sbb tak elok sangat untuk otak
harganya pulak mengikut tempat, antara 1.5 genih hinggalah 2.5 genih (malaysia dalam 70 sen hingga rm 1.40)




Jus Mangga (Asyir Mango)
Nie pulak jus mangga walaupun dekat malaysia pun ada gak tp rasa nya kat sini lebih pekat(teramat pekat) n manis...
macam diorang bubuh gula ada gak tp, rasanya memang original...







Soggug
nie pulak dengar kawan2 orang cakap nie adalah roti pino berintikan soggug iaitu hot dog tetapi yang original punya hotdog, memang di perbuat dari usus lembu dan dan dimasukkan daging kedalam usus lembu tersebut...
tp kalau tgk kat kedai pun hot dognya ada lain sikit dari yang malaysia...





Wa Gibad
nie kira antara juadah2 yang ada di mesir, selalunya diorang makan ayam suku seorang tp ada gak yang makan seketul ayam seorang. Tp nie disebabkan oleh faktor ayam diorang kecil. Di malaysia ayam2 besar sbb guna hormon jadi ayam cepat besar. Ayam2 di sini semua ori semua besar ayam kampung je... so rasa dia lebih sedap skit tp agak tak kenyang kalau makan seketul je.. ke makan suku ayam gak kalau nak kenyang... Diorang selalunya makan dgn roti Iskh roti arab yang agak terkenal gak..
Tp saya selalu makan dgn nasi takleh sangat kalau nak makan roti je

June 6, 2011

Mesir

Mesir merupakan sebuah negara yang terletak di dalam benua afrika, dan iainya merupakan satu2nya negara arab yang berada di benua afrika.
Kebanyakan negara arab lain seperti arab saudi, syria, jordan dan turki sebagai contoh berada di dalam benua asia...
dan kini sebagai seorang pelajar alhamdullilah berpeluang pergi ke negara mesir
yang pada agama islam merupakan salah sebuah sebuah tempat kelahiran para nabi(negara para anbiya)
dulunya waktu kecil2 suka tengok cerita jejak rasul...
waktu bulan puasa selalu saja jejak rasul menceritakan tentang para nabi dan sahabat menempuh dugaan-dugaan
insyallah saya sendiri akan cuba menyelami sendiri kisah ini dan menjelajah keseluruh timur tengah amin....

insyallah segala ilmu serta pengalaman dari perjalananku ini akan saya kongsikan dengan para sahabat sekalian...

Makanan dan minuman di Mesir

Keliru antara yang salah dan betul...

dalam hidup kita terpaksa membuat keputusan
tak kisahlah samada keputusan mengenai perkara kecil mahupun perkara besar
dan semakin umur kita meningkat dewasa makin banyak yang kita perlu putuskan
dan kadang kita sering akan merasakan keputusan yang kita ambil adalah salah
dan kita akan memikirkan perkara tersebut sampai bila
semakin kita dewasa semakin banyak kesilapan yang kita buat dalam membuat keputusan
tidak kiralah sama ada keputusan didorang oleh kehendak, kepentingan diri atau untuk masa depan kita
dan kebanyakan keputusan yang kita ambil sesalunya berdasarkan hati

kini aku sedar aku sudah pun banyak buat silap
akan tetapi semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri
aku merasakan kalau aku merubah keputusan aku
atau mengubah masa lalu
mungkin aku tidak akan sampai dan berada di tempat aku sekarang
kini aku banyak memikirkan tentang perkara2 yang berlalu
kita tidak dapat mengubah perkara yang sudah berlalu
tetapi kita dapat membentuk masa depan kita
aku sempat bertanya dengan beberapa kenalan dan ustaz
mengenai qada' dan qadar
hidup kita hanya dua yang telahpun di tentukan iaitu saat ajal menjelma dan siapa yang kta di jodohkan
dan semua perkara yang lain kita boleh berusaha dan usaha kita itu akan membentuk masa depan kita nanti...

dalam suatu ayat rasul s.a.w, "tiada siapapun yang mampu mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri"

oleh itu marilah kita sama membantu kita sendiri untuk membentuk masa depan yang cerah bukan sahaja di dunia akan tetapi yang lebih penting di akhirat

June 5, 2011

Imtihan Bakal Menjelma....

Tarikh 12 haribulan 6 merupakan tarikh permulaan untuk hari imtihan
pada waktu tersebut adalah hari di mana kami akan menjalani imtihan amali untuk subjek anatomy
walaupun dalam subjek tersebut hanya mengandungi 3 sub subjek iaitu head and neck, thorax dan neuroanatomy
akan tetapi kesusahan untuk memahami dan menghafal subjek tersebut adalah lebih susah berbanding tahun lepas
insyaallah di harapkan semua berjalan lancar untuk imtihan kali ini
saya berharap agar di permudahkan imtihan kali ini supaya saya mendapat mumtaz insyaallah
Imtihan kali ini berlangsung dari 12 haribulan 6 hingga 28 haribulan 7 kalau tak silap
hampir sebulan setengah
dan tahun ini juga merupakan tahun di mana saya akan beraya di negara orang dan tanpa keluarga...

June 4, 2011

Cerita yang menyuntik semangat ku...

Beberapa hari yang lepas aku melihat drama bersiri nur kasih
dan cerita tersebut banyak memberiku pandangan mengenai hidup aku sendiri
walaupun cerita drama bersiri Nur Kasih tersebut sudah pun lamahttp://www.blogger.com/img/blank.gif
di siarkan di malaysia tetapi aku tidak berpeluang melihatnya
oleh kerana aku merupakan seorang pelajar berasrama penuh pada waktu cerita tersebut di tayangkan
kini setelah sekian lama baru aku melihat cerita tersebut
dan pada 19 mei yang lepas cerita Nur Kasih The Movie pula yang keluar di layar perak di tanah airku Malaysia...
akan tetapi oleh kerana aku berapa jauh di negara timur tengah aku hanya dapat menunggu saat cerita tersebut akan berada di tanah anbiya ini...

aku ingin menjadikan cerita tersebut pendorong untuk aku teruskan perjalanan ku sebagai seorang pelajar...